Nov 23, 2009

Masalah betul la..

Hanginnya la aku!! Bila aku da simpan rambut ni panjang-panjang tapi at last komen dari dia ialah 'tak cantik pon, amoi tu salah potong rambut lu nih, dah mcm ape jerk' sila ikat rambut lah!! Adoiiyaiiii! Lemah tenaga batin mak okee!

Baru bape minggu aku wat rambut. Siap treatment la [2x ok aku wat treatment] apa-apa je nk wat rambut lembut and shining-shining! Owhh sungguh membazir ya si JOJET ini. Kesudahannya plak? Tak puas ati. Bencikkkk tol!

Aku rasa dah byk kali aku ada masalah ngan rambut ni! Adakah perlu ditutup terus? Owhhh, ditutup pon masih perlu dijaga, ye tak?? Takkan nak kepam jerk? Kang belaki, laki mulut laser "Ni rambut ke, bulu singa?" Haaa, amik kau!! Hihik.

Erm, semak pulak aku nk fikir nk wat style ape.

Iz, ko rase aku punya muka ni elok cmne eik??

FYI, rambut belakang aku ni [bahagian belakang sekali, amoi tu potong pendek gile! dalam 3 inci je! cinabeng jerk kn??]..

Adoii, sila advise ye.. Maap la kawan-kawan, aku ni mmg ada masalah ngan rambut. Di kerintingkan, luruskan balik. Husshhhhhhhhhh..




Lurve, Jet






Nov 20, 2009

Tension aku nih, ishhhh!!

FACEBOOK DAH TAK LEH SEWENANG-WENANGNYA BUKA KAT OPIS, GARA-GARA ORG TAK BEGUNA ASIK NK BUKA YOUTUBE JERKKKKKKK! CINABENG TOL!!

CERITANYA,

ORANG2 YG BUKA YOUTUBE KAT OPIS MELEMBABKAN SYSTEM KITORG [BOS KAMI COMPLAIN INTERNET ASAL LEMBAP?] SAMPAI KAT TELINGA MD [SI OMPUTIH PENGUIN TU] DIA SURUH ORG SIASAT ASAL LA INTERNET LEMBAB PADAHAL DAH UPGRATE BARU-BARU NIH!

FACEBOOK BOLEH DIKATAKAN SETIAP STAFF MAIN, TP TAK LEMBAPKAN PON SYSTEM KAMI, TETAPI!! YG AMIK MP3, VIDEO, BLABLABLA TU LA [SIAP D/LOAD CERITA SELAMA 2 JAM OKEEE] YG WAT ONAR! SO SI BOS YG RAJIN BEKERJA TU PLAK [PADAHAL MAIN MAFIA WAR DLM BILIK] NAIK HANGIN! ABIS 'SBB NILA SETITIK ROSAK SORORITY LIFE AKUUUUU'!!

ITU JE LA AKU NK CITA..

TAPI SKARANG AKU TGH ONLINE [UPDATE BLOG & FB], AKU LA STAFF DEDIKASI, HIHIK..

p/s : maap, baru perasan urup besar semua, mungkin disebabkan menaip dalam keadaan kurang normal..

LURVE, JET

Tazkirah ye kawan-kawan..


"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris, cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari..

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu, etc) InsyaAllah..

Berusaha dan bertawakal, Insyallah..



Lurve, Jet

Nov 19, 2009

For Laugh [keh..keh..keh]


Catatan Harian Isteri dan Suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami..
Jadinya kena selalu berfikiran positif.. Barulah tercipta rumahku syurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah- dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang..

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang..




BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini CHELSEA kalah. SIOTTT!!!


Nov 18, 2009

Dear Jet, awk nampak cantik arinih,wakakakaka..


Kadang-kadang dgn terima SMS dari seseorg akan mengubah hari aku. Nak plak sms tu tak ditunggu/tak diexpect/tak dijangka pon. Walaupun text yang ditulis untuk aku simple bebenor. Tapi hakikatnya text itu bejaya menyerikan muka aku. Membahagiakan, menenangkan jiwa, walau hanya untuk seketika. Ajaib.

Tapi lumrah hidup, aku rasa banyak sms yg aku terima menyakitkan [currently] dari menyenangkan. Yang paling tak leh tahan, sms dari org yg 'nothing to do' maksudnya ialah org tu puji segunung pun, bodek sebakul pun, tak leh menyebabkan aku senyum. Makin semak ada laa. Ishh, apsal teruk sgt eik? Kenapa hati kita pandai pilih kasih??

Kadang-kadang aku siap wat tonasi suara, mimik muka, utk masuk dalam text tu. Hihik. Macam.. 'Dah makan?' [betanya sambil angkat kening-imaginasi aku je la nih].

Sudah gila aku nih. Yang pasti aku suka sms yang bleh wat aku tesenyum. Thanks untuk dia-dia diluar sana yang berbuat begitu. Pada sms yang tak bejaya, aku mintak maaf, bleh cuba lagikk.

Kebenaran, aku suka sms dari dia. Dia tak tau. Even sebaris ayat atau hanya beberapa huruf, aku bisa ketawa [dalam ati la]. Tapi dia tak penah tau itu semua. Yang dia tau, tak lain tak bukan, menghampakan. Menghampakan hati aku. Wahhhh, sapa la budak nih kan? =)

I miss you..I need you..More and more..each day..I love you..more than words..can ever say..






Lurve, Jet